Tuesday, August 29, 2017

MULTIVITAMIN TERBAIK UNTUK KANAK-KANAK

Kalau untuk dewasa,Vita Lea amat digalakkan diambil sebagai multivitami. Untuk kanak-kanak, ada juga multivitamin dari Shaklee iaitu VitaLea for Children.

Shaklee Vitalea for Children lengkap dengan 18 multivitamin & multimineral termasuk 100% Vitamin C, D, E dan 8 jenis vitamin B yang akan membantu melengkapkan nutrisi dalam badan di mana ia tidak dapat diperolehi semuanya dari makanan seharian.

Juga mengandungi 200mg kalsium, magnesium, zinc, cooper dan banyak lagi yang akan membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan tulang kanak-kanak.

Fungsi Vita-Lea for Children

✔Membantu menguatkan kecerdasan minda
✔Menyokong kesihatan dan pembinaan tulang yang kuat
✔Menguatkan gigi
✔Membekal makanan kepada sel badan untuk memastikan tubuh lebih bertenaga dan sihat
✔Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
✔Melindungi kesihatan otot, jantung dan fungsi saraf
✔Mengekalkan tekanan darah dan rentak jantung yang normal
✔Meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk mengelak anemia atau merawat anemia
✔Membantu meningkatkan selera makan dan melancarkan proses pencernaan
✔Mencegah penyakit beguk (tiroid)
✔Membantu dalam penyerapan zat dari makanan harian

Sesuai untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas yang ada masalah :
✔Kurang minum susu
✔Kurang atau memilih makanan
✔Tak suka makan sayur, buah
✔Kerap jatuh sakit seperti demam,selsema
✔Kurang aktif dan cergas

Rasa multivitamin ni pun sedap tau. Perisa anggur. Boleh diberi kepada anak sebagai alternatif untuk melengkapkan nutrisi mereka.

Dapatkannya daripada pengedar sah Shaklee anda.

#gempakbintang
#fantastic4

credit to : zianaeunos. tq
Share:

SET VITAMIN SHAKLEE FAVERET SEPANJANG ZAMAN

Kak Z bermula dengan Shaklee selepas bersalinkan kembar. Ambil SET MENYUSU sebab demand yang tinggi dan rasa tak cukup kuat dan selalu sangat penat. Tapi waktu tu on off je dengan Shaklee. Apa pun,  Alhamdulillah, Kembar menyusu badan sampai umur 1 tahun 11 bulan.

Waktu tu pregnantkan Aysar pula. Badan rasa letih selalu apa lagi nak menguruskan si kembar yang tengah 'naik' time tu. So kak Z nekad ambil SET HAMIL dan terus register ahli dengan mak Shaklee kak Z, mak bintang sambil-sambil tambah pendapatan. SET BERPANTANG & SET MENYUSU kak Z ambil jugak lepas bersalin. Beli sendiri dengan HARGA AHLI. Senang nak dapatkan sendiri.

Secara jujurnya, menjadi pengedar sah Shaklee banyak membantu kak Z untuk MEMBANTU orang lain. Rasa seronok bila customer dapat turunkan berat badan 6kg selepas ambil SET KURUS. Bersyukur bila customer dapat pam 7oz
selepas amalkan SET MENYUSU sedangkan sebelum tu hanya dapat pam 2 oz. Alhamdulillah.

Banyak ragam manusia yang kak Z jumpa selama jadi SID ni. Dan semua ni menjadikan kak Z seorang yang LEBIH SABAR daripada dulu.

Bermula dengan makan sendiri je set-set vitamin faveret tu. Tapi bila puas hati dengan kesan positifnya, barulah seronok nak kongsi info dengan orang lain kan. Barulah rasa nikmat menjual tu. 😁

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Monday, August 28, 2017

BASIC H DI WHITE HOUSE

Ini Basic H, pencuci serbaguna. Gunakan untuk cuci segala pelosok rumah anda.
Tahu tak siapa lagi yang guna?

BARACK OBAMA..

Barack Obama arahkan guna HOME CARE-GET CLEAN SHAKLEE untuk bersihkan seluruh White House masa beliau jadi Presiden US.

Basic H merupakan salah satu produk dalam rangkaian HOME CARE GET CLEAN ni. Salah satu cara dia nak lindungi anak dia yang ada asma.

Anda tak perlu nak duduk kat White House pun untuk guna Basic H ni.
Semua pun boleh guna sebab harga berpatutan dan jimat penggunaannya..
Semua house pun dah boleh jadi macam mesra alam macam White House, eceehh... :-)

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

SHAKLEE DULU DAN SEKARANG

Teringat masa mula-mula jadi pengedar sah Shaklee dulu. Tahun 2013. Isi form dalam Microsoft Excel guna laptop, pergi bank untuk transfer payment ke akaun Shaklee, lepas tu email untuk submit order.

Gigih juga masa tu. Penat tapi seronok nak buat. Godek-godek balik email lama, rasanya antara produk Shaklee pertama customer order ialah Mealshakes dan ESP.  Dari dulu sampai sekarang tetap antara produk terlaris.

Sekarang dah ada sistem online, shaklee2u . Senang. Klik-klik je. Pilih dan terus bayar guna kad debit atau kad kredit.

Seiring dengan zaman smartphone ni, lagilah mudah nak order Shaklee ni. Guna smartphone je pun dah boleh completekan order. Syaratnya jadi ahli je.

Nanti dapat akaun sendiri. Boleh order sendiri dengan harga ahli. Nak jadi ahli? Yurannya cuma RM68.90 je. Setiap tahun renew RM30 kemudian dapat balik voucher RM30. Boleh redeem bila buat pembelian seterusnya.

Kepada anak-anak Shaklee kak Z yang makan sendiri, anda dah boleh mula renew membership dari sekarang. Sila semak status membership anda dari Kak Z ye.

Kak Z
0136014583

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

KENAPA OSTEMATRIX PRODUK TERLARIS

Bulan ni je dapat order Ostematrix sampai 5 botol. Banyak juga kalau diikutkan. Rekod peribadi lah ni. Antara produk terlaku.

Kenapa Ostematrix ni produk terlaris? Pastilah sebab banyak membantu ramai orang termasuj kak Z sendiri.

Ostematrix membantu

-membekalkan kalsium dalam badan
-mengatasi kebas-kebas
-mengatasi sakit sendi
-melawas

Ada lagi yang sedang mencari Ostematrix? Mai roger kak Z. 0136014583.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

TIPS RAWAT ANAK DEMAM

Angah baru je baik dari demam. Dua malam badannya panas je. Walaupun umur 6 tahun, tapi masih juga kuat merengek 😂.

Jadi malam-malam ummi basahkan towel dan lapkan kat seluruh badannya. Lepas tu letakkan tuala basah di belakang kepala dan belakang badan.

Tengah malam bagi juga makan ubat demam yang sesuai dengan umur anak  untuk turunkan suhu.

Siang pula bagi makan Nutriferon satu sachet bagi menguatkan sistem imun dan mencegah jangkitan virus.

Banyakkan beri minum air masak dan biarkan anak berehat bagi mempercepatkan proses pemulihan.

Alhamdulillah, hari ni dah okay. Dah boleh bergumpal bersama adik beradik dengan riang. Senang hati mak, nak 😘

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Sunday, August 27, 2017

PRODUK KESIHATAN PILIHAN KAUM IBU

✔ Sebakul penuh sampai melimpah-limpah baju kotor
✔ Habuk celah-celah gril, tingkap dan kipas dalam bilik
✔ Car seat Husnaa terkena coklat
✔ Beg sekolah anak-anak kotor terkena air milo
✔ Stroller penuh bulu-bulu kucing datang
✔Kasut sekolah anak-anak
✔Susun kain baju dalam almari
✔ Update fail SPBT
✔ Gubal soalan ujian
✔ Aktiviti cuti sekolah dengan anak-anak

Antara list kerja-kerja yang perlu dibereskan sepanjang cuti sekolah ni. Banyak benda kena basuh tu. Takde masalah sangat nak tanggalkan kesan kotoran kalau guna BASIC H dan sabun Rose & Champaca.

Tapi kan, banyak kerja yang perlu disettlekan, pasti akan terasa sakit pinggang lah. Lenguh sana sini lah. Almaklumlah, bukan buat selalu kan?

Jadi, kak Z tak nak lah buang masa melayan lenguh dan sakit-sakit tu semua. Nanti kerja tak boleh nak dibereskan.

Oleh yang demikian, kak Z sentiasa pastikan mengambil Ostematrix 4 biji sehari sebelum tidur bagi melengkapkan keperluan kalsium. Takde lah nanti kejap-kejap sakit badan. Kejab lagi sakit pinggang.

Alhamdulillah, Ostematrix memang memudahkan kerja kak Z. Kak Z syorkan untuk golongan mak-mak ni. Bagi kuat tulang kita. Nak pakai lama kan.
Share:

RESEPI SPAGETTI CARBONARA MUDAH

4 beradik kat rumah ni suka sangat makan spagetti carbonara. Terutama sekali Aysar lah. Bertambah-tambah kalau makan.

Kak Z rajin juga masak spagetti carbonara tapi tak lah selalu. Simple-simple boleh lah. Masa kawan-kawan dan cikgu taska Aysar datang beraya pun, jamu anak-anak tu dengan spagetti carbonara. Memang sold out 😁.

First try dulu gigih buat sendiri kuah tu guna mushroom soup, fresh milk apa semua. Sekarang malas. Beli yang tin/botol je. Pastikan halal ye. Kak Z pilih jenama Prego. Dah double triple check online. Dah confident baru lah beli dan guna tanpa was-was.

Senang je nak buat nya. Spaggeti atau angel hair (kanak-kanak lagi senang nak kunyah) tu rebus dengan air, sedikit minyak dan sedikit garam. Lepas dah masak, tos dan ketepikan.

Untuk kuah carbonara, mula-mula goreng sosej (dihiris) atau ayam dipotong dadu. Dah masak, ketepikan. Guna kuali yang sama, tumis bawang merah dan bawah putih yang dah dicincang halus atau ditumbuk lumat. Minyak guna sikit je. Dah naik bau, masukkan sosej/ayam tadi.

Masukkan kuah carbonara dalam tin. Masukkan air dalam satu setengah tin tu, letak lada hitam sikit dan garam. Nak letak sayur seperti brokoli dan carrot pun boleh.

Kacau dan biarkan mendidih. Lepas tu siap. Makan bersama spaggeti/angel hair tadi.

Senang kan. Tak payah nak pikir banyak. Campak-campak je siap. Anak confirm suka. Hihihi.

Boleh lah masak di hari minggu ni. Selamat mencuba 😍.
Share:

Saturday, August 26, 2017

CARA BAHAGI MASA KETIKA BERBISNES

Bila masanya nak buat biz ni? Kerja lagi, family lagi. Macam mana nak bahagi masa?

Sebab tu lah kena work smart. Kena pandai lah bahagi masa dengan baik.

Sebenarnya penting sangat untuk kita buat jadual. Peruntukan beberapa jam sehari untuk bisnes.

Kerja hakiki mesti lah diberi keutamaan bila terclash dengan urusan bisnes kita.

Tapi dalam dua2 ni, family must come first. So kena pandai bahagikan masa supaya tak mendatangkan masalah di lain hari.

Nak buat post kat media sosial, boleh je buat scheduled post atau entry blog supaya tak kacau masa-masa dengan keluarga.

So pandai-pandai la ye. Put 1st thing 1st tau.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

AKTIVITI MENARIK CUTI SEKOLAH

Pejam celik pejam celik, dah cuti sekolah lagi! Yahooo! Bukan anak je seronok. Emaknya ni apatah lagi 😁.

Takde perancangan percutian pun. Rasanya lebih kepada nak berehat dan spend masa dengan anak-anak je. Duduk rumah buat 5S.

Tapi boleh je lapangkan masa bawa anak main di Kidzoona Jusco S2. Takpun tengok wayang. Aktiviti simple je tapi anak mesti seronok.

U ols plan aktiviti apa untuk anak-anak? Share la.

#throwback
#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Thursday, August 24, 2017

PERLU KE BUAT DUIT TEPI?

Perlu ke buat side income? Bergantung la kot? Pada kak Z, memang saya perlu buat side income. Dah harga minyak pun asyik naaaaaiiiikkkk je 😢.

Perbelanjaan semakin meningkat. Anak2 pun semakin banyak keperluan harus dipenuhi. Bulan ni dah mula buat persiapan kembar nak naik darjah 1. Beli sikit-sikit dulu. Double prosperity katakan.

Kenaikan gaji ada setahun sekali tapi tak lah drastik sangat kan. Kalau ikutkan gaji bulanan tu memang cukup-cukup je la untuk bayar komitmen bulanan. Alhamdulillah.

Sebab tu la kak Z kata memang perlu buat side income ni. Boleh lah cover perbelanjaan sampingan atau yang tiba-tiba kan. Tiba-tiba kena bayar yuran grading test. Tiba-tiba beg sekolah anak koyak. Tiba-tiba lampin anak dah habis. Eh, banyak lak tiba-tiba.

Biasa bonus Shaklee masuk tengah bulan, so dapat lah cover sikit-sikit perbelanjaan sementara nak tunggu gaji hujung bulan.

Eh, tapi jangan tak tau pulak yang bonus Shaklee boleh jadi sama banyak dengan gaji kerja hakiki tau. Lebih banyak lagilah boleh. Takde limit. Yang penting, kena rajin..

Berminat nak buat side income dengan Shaklee? Meh whatsapp kak Z. Kak Z tolong. Kita sama-sama nak success kan? Jom!!

Kak Z
0136014583

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

FAKTOR MENGANDUNG KEMBAR

Kali ni kak Z nak kongsi petua yang boleh di amalkan untuk dapat anak kembar. Mana tau, ada rezeki anak kembar kan?

1. Berdoa kepada Allah. Antara surahnya,

Surah As-Saaffaat ayat 120, maksudnya : Salam sejahtera kepada nabi Musa & nabi HarunSurah As-Syura ayat 50, maksudnya : Ia mengurniakan mereka kedua-duanya-anak lelaki dan perempuan, dan Ia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul, sesunggunya Ia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa2. Minta doa dari orang soleh/alim :

Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat 43, maksudnya : Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.3. Nazar yang tidak bertentangan dengan hukum Syarak :

Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 35, maksudnya : (Ingatlah) ketika isteri Imran berkata, Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai orang yang bebas (dari urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku. Sesungguhnya engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

2. Jangan menzalimi binatang :

Firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 36, bermaksud : Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia : Wahai tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harapkan adalah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan tidaklah sama anak lelaki dengan anak perempuan, dan bahawasanyalah aku menamakannya Maryam, dan aku melindunginya dengan peliharaan-Mu, demikian juga dengan zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang di rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

Selain dari amalan di atas, ada jugak beberapa faktor yang biasanya mempengaruhi :

1) UMUR
Perempuan yang berumur 35 hingga 40 tahun dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk memperolehi anak kembar. Mereka lebih cenderung menghasilkan lebih dari satu ovum sewaktu proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

2) GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga anda mempunyai sejarah kembar, maka peluang untuk dapatkan anak kembar lebih cerah kerana Trait penghasilan 2 ovum serentak dalam satu masa telah diturunkan kepada anda.

3) BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
Wanita yang lebih tinggi atau yang lebih berat mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar

4) BILANGAN ANAK
Lebih banyak anak telah dilahirkan oleh seseorang itu, lebih cerahlah peluangnya mendapatkan anak kembar

5)PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN
Ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu menghasilkan dua ovum dalam satu-satu proses ovulasi dan seterusnya peluang dapat anak kembar itu lebih tinggi

6) DIET
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi Estrogen tinggi juga mampu meningkatkan kebarangkalian mendapatkan anak kembar

7) UBI, KENTANG DAN SUSU
3 jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi telur. Selain boleh meningkatkan peluang mendapatkan anak kembar, pengambilan makanan ini juga adalah salah satu cara bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tapi belum dapat anak untuk mereka mendapatkan anak.

8) SET KESUBURAN SHAKLEE
Set kesuburan ini ada empat jenis suplemen yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan tahap kesuburan suami dan isteri. Memang sesuai la untuk anda yang nak dapatkan anak atau teringin sangat nak anak kembar.

Hubungi kak Z untuk mendapatkan set kesuburan Shaklee ye.

KAK Z
0136014583
Share:

BLOG MUDAHKAN BISNES

Walaupun downline kak Z setakat ni semuanya makan sendiri tapi kak Z tetap galakkan diorang meniaga pendapatan sampingan dengan keuntungan runcit.

Yelah kan.. memang boleh dapat untung sehingga lebih 20% tau. Sebab tu Kak Z selalu pesan kat anak2 shaklee, kalau ada yang nak order guna id kita, quote je harga retail. Memang ahli shaklee ada hak untuk jual harga retail sebab kita memang ahli berdaftar.

Kak Z memilih online sebagai cara marketing kak Z. Kak Z fokus dengan FB, Instagram & blog.  Bagunya marketing secara online sebab jaringan network yang lebih besar. Lagipun kak Z ni pemalu sikit. Hehehe. Tapi bila customer call, boleh je nak bercakap tentang produk. Boleh je buat offline.

Nak belajar bisnes cara kak Z? Meh daftar dulu dengan kak Z, jadi anak Shaklee dulu, baru boleh cerita lagi panjang.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

WARNA LEMBUT PENENANG JIWA

Kak Z rasa macam suka warna purple tapi bila belek-belek barang sendiri, banyak yang warna pink pula.

Tapi memang kebanyakan barang, warna pink dan purple lah. Kak Z tak kisah sangat beli barang warna apa. Janji cantik pada pandangan.

Cakap pasal warna dah kenapa? Saja lah sebab tengah sibuk tengok baju raya kat FB. Tengah pikir nak beli warna apa, ala-ala pink ke ala-ala  purple lagi 😂

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Tuesday, August 22, 2017

DAMAILAH KAU DISANA

Hujung tahun lepas, seorang kawan lama kak Z PM di Facebook bertanyakan tentang Vivix. Kak Z tanya, untuk siapa?

Katanya untuk diri sendiri. Nak tambah tenaga sebab dia mengajar di kawasan pedalaman. Kena uruskan anak seorang diri disebabkan PJJ dengan suaminya.

Beliau beli Vivix dan terus jadi ahli. Lama juga proses nak dapatkan maklumat untuk kak z daftarkan keahliannya walaupun beliau dah buat bayaran. Whatsapp pun reply dalam jarak masa yang agak lama.

Menurutnya, dia jarang tengok hp sebab sibuk dengan anak. Takpelah, kak Z pun tak kisah cuma bimbang tak daftar-daftar lagi sebab beliau dah bayar.

Lepas pendaftaran ahli dah selesai, kerap juga kak Z whatsapp untuk follow up tapi jarang dibalas. Mungkin sibuk agaknya.

Sampai lah Ramadhan baru ni, kak Z dapat berita beliau sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser payudara.

Allahu, tergamam dengar berita tu. Padahal masa berjumpa kali terakhir (selepas beberapa tahun tak jumpa), takde langsung beliau ceritakan penyakitnya. Memang beliau nampak penat masa tu, kak Z ingatkan sebab on the plane malam sebelum tu.

Sehari selepas berita keadaan kritikal, beliau menghembuskan nafas terakhir pada bulan yang mulia. Allah lebih menyayangimu. Inalillahiwainnaillahirojiun.

Terasa terkilan juga sebab tak sempat nak berbual mesra sebab whatsapp tak dibalas. Sedih juga sebab tak tau penyakitnya. Mungkin sengaja dirahsiakan. Wallahualam.

Allahyarhamah memang seorang kawan yang lemah lembut, baik dan liat semangat walaupun kecil je orangnya. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan hamba-hamba Allah yang beriman dan diredhai-Nya. Damailah kau di sana.

Al-fatihah.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU

Tips Banyakkan SUSU IBU

1. Minum air masak at 2-3 L setiap hari

2. Tetapkan jadual mengepam jika ibu bekerja

3. Direct feeding mengikut kehendak bayi dan sekerap yang boleh

4. Amalkan pemakanan yang sihat & jangan skip makan

5. 1-2 gelas ESP setiap hari membantu merangsang kelenjar susu

6. SET MENYUSU SHAKLEE - (ESP, Alfafa Complex, Sustained Release Vita C Plus, Omega Guard, Ostematrix) juga boleh membantu anda lebih tenang, sihat dan bersemangat untuk meneruskan misi penyusuan anda. Baik untuk ibu, baik untuk anak.

AWAS : Pengambilan suplimen tidak akan membantu jika anda MALAS mengepam atau direct feeding secara kerap.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

RESEPI DAGING KORBAN

Minggu depan raya haji kan?Ada yang buat ibadah korban ke? Bestnya lahai kan.

Biasa daging korban tu u ols masak apa? Masak sup pun sedap juga kan? Gulai ke.

Sambil-sambil tu nak share resepi mudah daging korban.

DAGING REBUS CICAH AIR ASAM

Rebus Daging sampai empuk. (Pakai periuk noxxa dalam 15 minit HP)

Hiris daging yang dah rebus nipis-nipis.

Air asam jawa yang dah ditapis, letak bawang yang dah dihiris, cili api(wajib), gula sikit, garam sikit.

Dah siap. Cicah je lah daging rebus tu dengan air asam. Makan dengan nasi panas. Mesti sodap. Sihat berkhasiat lagi.

Selamat Hari Raya Korban Kawan-kawan.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

KENAPA MASIH SETIA DENGAN SHAKLEE?

Kenapa kak Z masih setia dengan Shaklee walaupun dah 4 tahun bersama? Tak jemu ke?

Meh revise balik KENAPA?

1. UNTUNG RUNCIT
✔  Ahli beli harga ahli
 ✔Jualan harga runcit
✔  Untung runcit sehingga 20% mengikut produk

2. BONUS
✔ Bonus bulanan masuk akaun setiap 15 hb tanpa fail.
✔ Jumlah bonus bergantung pada jualan kumpulan dan jualan sendiri

3. FREE VVIP TRIP melancong fully sponsored local dan international bagi yang memenuhi syarat kelayakan.

✔ free ticket, free makan, free hotel, free transport, layanan VIP exclusive
✔ berpeluang bawa pasangan, anak anak atau ibu bapa
✔ hanya bawa baju, bawa badan, bawa senyuman utk bergambar.

4. Peluang untuk mendapat bonus kereta
jika memenuhi syarat kelayakan car bonus program. Boleh beli apa saja kereta idaman

5. Marketing guna media sosial. blog, Facebook, Instagram dan Whatsapp
Mudah sebab tidak perlu keluar rumah untuk buat sales.

Konsep dropship. Ada order dari customer kita oder saja dengan Shaklee Online. Mudah kan.

6. Leader akan ajar buat marketing
kita perlu buat apa yang dah diajar.
Siapa rajin ikut apa yang mentor ajar, sales dan group akan berkembang dengan jayanya

7. Yuran keahlian hanya RM79.50 untuk setahun, renewal tahunan tahun hadapan RM30

Dah tau kenapa, sebab tu masih sini. Jom kita berbiz Shaklee!

#gempakbintang
#fantastic4

ZURA
0136014583
Share:

Sunday, August 20, 2017

JUAL BENDA YANG KITA GUNA BARU BEST

Kak Z dah jadi pengedar sah Shaklee sejak tahun 2013 lagi. Banyak ilmu bisnes yang kak Z belajar daripada mentor-mentor. Alhamdulillah, terima kasih atas ilmu-ilmunya. Memang membantu sangat bisnes kak Z.

Kak Z masih setia sebagai pengedar sah Shaklee sampai sekarang ni. Jadi cari lah kak Z kalau nak order produk Shaklee ye.

Kak Z juga baru je jadi agen sabun Rose dan sabun Champaca ni. Walaupun jadi agen sabun ni tak sama sistem dengan biz Shaklee, kak Z tetap seronok nak share kebaikannya sebab kak Z juga pengguna yang berpuas hati. Nanti kak Z share ye.

Kak Z agen sabun Rose & Champaca Kuala Pilah. Boleh COD kawasan Kuala Pilah, Bahau dan Senawang. Pos-pos takde 😁. Tapi kak Z boleh tolong carikan agen kawasan anda.

Produk Shaklee pun boleh COD kawasan yang sama dan postage ke seluruh Malaysia.

Eh, nak tau lebih lanjut, whatsapp je la ye. 0136014583.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

TIPS ELAKKAN OSTEOPOROSIS

Pernahkah kawan-kawan rasa sakit ketika hendak duduk, berdiri, batuk atau mungkin ketika memeluk seseorang?

Jika jawapannya ya, anda perlu lebih berhati-hati kerana mungkin anda salah seorang daripada lebih sejuta rakyat Malaysia yang menderita osteoporosis.

Osteoporosis atau poros tulang adalah sejenis penyakit metabolik di mana tulang mengalami kerapuhan sedikit demi sedikit lalu mengundang kepada risiko retak terutama di bahagian pinggul, tulang belakang dan lengan.

Tulang manusia berterusan melalui proses pembentukan semula. Dua jenis sel terlibat dengan proses ini, osteoblast bertanggungjawab menghasilkan matriks tulang dan pemineralan tulang. Manakala osteoclast untuk menyah tulang.

Jika badan mula menyerap tulang lebih cepat berbanding penghasilan tulang baru, lama kelamaan terdapat penurunan ketumpatan mineral tulang (BMD), lalu osteoporosis berlaku.

Antara rawatan yang biasa digunakan ialah

-ubat antiresoptif, yang mengelakkan tulang daripada retak. Ia mengandungi bisfosfonat (BPs), estrogen analog dan kalsitonin.

-terapi gantian estrogen atau terapi gantian hormon (ERT/ HRT)

-agen pembina tulang untuk membantu osteoporosis teruk. Ia mengandungi hormon paratiriod.

- pakar juga menasihatkan agar liya mengambil suplemen dan ubat khas bagi mengelak masalah ini terutama kepada mereka yang meningkat usia.

Kalsium dan vitamin D adalah bahagian penting dalam terapi osteoporosis dan ia juga mampu mencegah masalah pinggul retak ketika usia tua. Pesakit dinasihatkan mengambil kalsium dan vitamin D di samping BPs untuk mengelakkan risiko hipocalcamea. Nutrisi dan gaya hidup memainkan peranan penting dalam mencegah dan merawat osteoporosis.

sumber : utusan.com.my

Nota kaki : Kak Z makan 4 biji Oztematrix setiap hari bagi mengelakkan osteoporosis. Walaupun mungkun tak dapat elakkan 100peratus tapi sekurang-kurangnya dapat melambatkan prosesnya. Yang penting kita ikhtiar, betul tak?

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Saturday, August 19, 2017

WINDOW SHOPPING ALAM MAYA

oSmartphone ni memang bijak kan. Kalau kita google sesuatu, contohnya kain pasang ke, handbag ke. Takpun kita window shopping kat Lazada barang make up ke.

Tau-tau je dekat FB keluar iklan benda-benda yang kita browse tu. Contoh semalam, kak Z klik iklan kain pasang kat instagran. Wahhh sepanjang hari ni FB asyik keluar iklan kain pasang je. Daripada taknak beli, dah terpaksa beli 😂.

Dah datang mood nak buat baju baru je ni sebab banyak baju dah mengecut😅. Mari-mari siapa lagi yang jual kain pasang, kak Z nak cuci mata. Hihihi.
Share:

TIPS KEKAL CERGAS KETIKA BERPANTANG

Tips Kekal Cergas Ketika Berpantang

1. Waktu berpantang, MESTI berbengkung. Lemak kat perut boleh cepat surut. Badan pun rasa lebih tegap.

2. Menyusukan anak selagi boleh. Banyakkan intake air supaya lebih bertenaga dan hilangkan rasa haus.

3. Exercise. Bukan senaman berat-berat. Regangan badan secara ringan pun dah memadai.

4. Banyakkan berehat dan berfikiran positif. Sambil-sambil tu jangan lupa berzikir. Minta pertolongan suami atau ahli keluarga lain sepanjang berpantang.

5. Berpantang betul-betul bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa depan. Jangan ambil mudah amalan berpantang.

6. Berurut dengan yang pakar. Badan rasa lebih ringan lepas berurut. Maklumlah, masa mengandung banyak angin dalam badan.

Masa berpantang adalah masa untuk seorang ibu memulihkan kesihatan diri selepas bertarung nyawa untuk melahirkan. Para suami kena lah faham dan menguruskan isteri dengan sebaiknya.

Kalau tak ada masa, upah je confinement service. Siapkan duit je.

Selamat berpantang untuk kawan-kawan yang baru dan bakal bersalin. Semoga dipermudahkan segala urusan ye.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Friday, August 18, 2017

CARA NAIKKAN BACAAN PLATLET KETIKA DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

GEJALA

-Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.

-Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi.

-Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

-Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

-Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi.

PENCEGAHAN

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

✔Elakkan gigitan nyamuk dengan:
-Gunakan ubat nyamuk.Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.

✔Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

✔Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
-Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah.
-Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong.
-Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

-Muntah berlarutan/berpanjangan.
-Sakit perut. Kurang bermaya/sawan.
-Sesak nafas. Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
-Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

sumber : https://buff.ly/2vOObSV

Suplimen cadangan untuk menaikkan bacaan platlet darah untuk pesakit demam denggi ialah Nutriferon. Ini Kak Z share satu testimoni Nutriferon-demam denggi. Semoga memberi maanfaat dan dapat membantu meningkatkan ketahanan badan.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

PRODUK KECUTKAN BENGKAK TONSIL

TONSILLITIS

“Catarrhal Tonsillitis” akut atau “Superficial Tonsillitis” akut adalah kemerahan pada permukaan tonsil sahaja akibat daripada sakit tekak umum (pharyngitis). Kebanyakkannya disebabkan oleh jangkitan kuman virus.

“Follicular Tonsilitis” akut pula adalah bintik-bintik kuning nanah di atas permukaan tonsil disebabkan jangkitan merebak ke dalam kripta (rongga kecil dan halus di permukaan tonsil).

GEJALA

-Sakit tekak
-Sukar menelan
-Demam panas – 38°C hingga 40°C, seram sejuk dan menggigil
-Sakit telinga – disebabkan oleh “referred pain” (sakit yang berasal di tekak tetapi turut dirasai ditelinga kerana mempunyai saraf yang sama) atau disebabkan oleh komplikasi tonsillitis seperti jangkitan kuman di telinga tengah (Otitis media akut).
-Gejala lain – sakit kepala, lemah tubuh, sakit badan, sembelit, hilang selera makan, sakit perut (limfadenitis mesentrik)

TANDA

-Nafas berbau busuk dan lidah kering bersalut putih
-Lelangit dan anak tekak berwarna merah terang
-Tonsil – merah, bengkak dengan nanah atau membran/selaput putih di permukaan
-Tonsil – membesar, bertemu di garis tengah dan menyempitkan kerongkong. Bengkak (edema) di anak tekak dan lelangit (“parenchymatous tonsillitis”).Kelenjar limfa di leher (“jugulodigastric lymph node”) membesar dan sakit.

RAWATAN

-Berehat
-Minum air secukupnya
-Makan secara sihat
-Melegakan kesakitan
-Meredakan demam

sumber daripada https://buff.ly/2vPaGac

Biasanya kalau MAH ada masalah tonsilitis ni, selain daripada antibiotik dan ubat-ubat yang sesuai, doktor juga cadangkan untuk bagi makan ais krim perisa vanilla (cawan) bagi meredakan merah-merah. Kerapkan bagi minum kosong dan makan sup disebabkan anak-anak jadi kurang selera makan.

Kak Z juga mengambil inisiatif sampingan iaiti beri makan Nutriferon. Nutriferon adalah produk Shaklee yang dihasilkan bertujuan untuk ‘boost’ sistem perlindungan imuniti tubuh – interferon.

Interferon adalah sejenis protein yang dihasilkan oleh tubuh kita untuk melawan virus, sekaligus mengelakkan virus tersebut ‘membiak’ dalam tubuh kita.

Nutriferon dihasilkan daripada ekstrak 4 tumbuhan (biji labu, bunga sunflower, honeysuckle jepun dan biji plantagi) yang mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.

Setiap rumah wajib ada Nutriferon tau!

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Thursday, August 17, 2017

TIPS TANGANI STRESS

Kadang-kadang terasa penat dengan hidup, stress dengan orang sekeliling  dan macam-macam masalah datang. Macam mana nak handle?

Bangun malam, tahajud dan berdoa minta petunjuk daripada Allah.

Saat jatuh, bangun dan kembali kepada Allah.

Saat hebat, sujud dan kembali kepada Allah.

Semoga kita sentiasa dekat dengan-Nya  Amin..

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

PRODUK TURUNKAN KOLESTEROL

Bagaimana seseorang individu boleh mencegah kolesterol tinggi?

Faktor keturunan dan diet mempunyai pengaruh penting terhadap paras HDL, LDL dan total kolesterol seseorang. Diet yang tinggi lemak tepu dan kolesterol meningkatkan paras kolesterol LDL dalam darah. Kebanyakan individu dapat mencegah kolesterol tinggi dengan mengikuti saranan berikut:

✔Berhenti merokok

✔Makan lebih produk susu.

✔Makan makanan berserat tinggi (sayuran, gandum, kekacang dan buah-buahan)
✔Makan makanan rendah lemak (mengelakkan daging merah dan kuning telur) dan karbohidrat rendah (mengelakkan gula ringkas).

✔Menurunkan Berat Badan (Capai Body Mass Index yang optima. Beri tumpuan untuk mengurangkan lemak di perut).

✔Senaman 30 minit sehari, sekurang-kurangnya 5 hari seminggu

✔Makan ubat yang disyorkan oleh doktor. Ubat untuk menurunkan paras kolesterol harus diambil hanya selepas konsultasi doktor.

Salah satu suplimen cadangan untuk menurunkan kolesterol dalam darah ialah VIVIX.

Antioksidan yang terdapat dalam Vivix boleh membantu melindungi sel termasuklah sel pada sekitar bahagian salur darah. Bagi mereka yang mengalami masalah kolesterol yang tinggi adalah disebabkan oleh plak atau kolesterol berlebihan dalam salur darah. Plak ini akan menyumbatkan salur darah anda dan seterusnya menyekat aliran darah.

Jadi, apabila kita mengambil Vivix, salur darah kita akan dilindungi daripada kerosakan. Oleh sebab itu, kolesterol tidak boleh menempel pada salur darah. Ini menjadikan salur darah tersebut tidak tersumbat dan tidak tersekat lagi. Darah akan mengalir dengan lancar.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

PRODUK KESIHATAN WAJIB UNTUK KAKI TRAVEL!

OSTEMATRIX ni pergi mana-mana pun tak boleh tinggal. Lagi-lagi bila travel. Memang kena bersedia je selalu tambah pula ada anak-anak yang sedang membesar bak johan dan lasak ni.

Lagipun masa travel, duduk dalam kereta lama-lama boleh menyebabkan sakit-sakit belakang, sakit pinggang, kebas2 kaki. Kita perlu jaga keperluan kalsium terutama sekali yang berumur 30 tahun ke atas.

Yang pregnant, menyusu, malah yang mempunyai masalah sengal-sengal badan juga digalakkan untuk mengambil Ostematrix.

Alhamdulillah, Ostematrix setia menjadi peneman kak Z sejak berpantangkan kembar sampai lah sekarang ni.. Ini juga alternatif untuk sumber kalsium memandangkan kak Z memang jenis tak suka minum susu.

Ada yang punya masalah macam kak Z ni? Boleh lah cuba Ostematrix ni. Pasti jatuh cinta. Whatsapp je kak Z kalau nak order ye..

Kak Z
0136014583

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

PERSEDIAAN HAMIL BERMULA SEBELUM BERKAHWIN

Ramai wanita yang tidak mengetahui pengambilan asid folik perlu diambil sebelum mengandung atau hamil lagi untuk membantu pembinaan sel-sel darah merah dan perkembangan bayi didalam kandungan.

Asid Folik dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Sumber makanan yang terbaik bagi mendapatkan asid folik ialah dari sumber makanan yang diperkaya dengan bijirin. Asid Folik memainkan peranan penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube) agar berkembang hingga ke otak dan saraf tunjang bayi dengan baik.

Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam jangka masa antara 3 hingga 4 minggu di awal kehamilan. Oleh itu pengambilan asid folik sangat penting pada awal kehamilan kita. Kerana pada masa itu asid folik membantu dalam perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang mampu mengelakkan daripada berlakunya kecacatan semasa kelahiran.

Jika kita berjumpa doktor sekalipun pada awal kehamilan kita doktor akan menasihati kita untuk mengambil asid folik dan beberapa vitamin lain untuk membantu mengawal kesihatan ibu dan juga kandungan kita.

Dalam masa 12 minggu pertama tempoh kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan mula berkembang. Oleh sebab itu, 12 minggu pertama kehamilan sangat penting untuk para ibu mengambil asid folik setiap hari secara konsisten.

Wanita yang sedang merancang untuk hamil digalakkan untuk mengambil B Complex Shaklee secara konsisten sebagai persediaan untuk hamil. Ini kerana B Complex Shaklee juga mengandungi asid folik yang membantu meningkatkan kesuburan.

Kak Z
0136014583

 #gempakbintang
#fantastic4
Share:

Wednesday, August 16, 2017

WEAR YOUR BRAND

Botol/Shaker/Tumbler Shaklee favourite kak Z. Dulu-dulu Shaklee keluarkan shaker design lama. Lebih sesuai guna di rumah je.


Sekarang dah upgrade sampai macam ni. Lebih trendy dan sesuai dibawa ke mana sahaja  Mesra pengguna gitu.

Boleh buat jadi shaker untuk bancuh ESP, Mealshakes arau Performance. Nak guna sebagai botol air kosong pun boleh je.

Rasa macam classy gitu bila bawa tumbler ni. Yang penting jenama tu. Shaklee. Eksklusif. Limited Edition.

Oh ye, bulan ni ada promosi untuk yang DAFTAR SEBAGAI AHLI dan buat pembelian produk Shaklee sebanyak 100uv, layak untuk membeli tumbler ni dengan diskaun. Bukan warna biru kelabu ni. Tapi warna Coral Orange yang merecik hawau lawa gila tu.

Alang-alang order Shaklee, jadilah ahli sekali. Banyak tawaran hebat menanti tau. Jom jadi ahli dengan Kak Z.

Whatsapp 0136014583. Kita sembang lagi panjang lebar.

#gempakbintang
#fantastic4
#tsunamiturbo
Share:

SUBJEK PALING BEST DI DUNIA

Kak Z ingat lagi cikgu tusyen masa sekolah menengah dulu. Sir Rai namanya. Cikgu pencen yang sangat best.

Sir Rai sempoi je orangnya. Cara beliau mengajar pun simple je tapi sangat menarik. Senang faham. Kaedah yang beliau guna pun mudah.

Dan kak Z mula minat subjek Matematik masa tusyen dengan Sir Rai. Seronok belajar dengan beliau. Bila minat dan seronok, selalu la score. hihihi.

Matematik tu dah jadi sebahagian dalam hidup. Jodoh dengan subjek Matematik ni pun panjang rupanya.

Degree Matematik. DPLI Matematik. Sekarang pun jadi cikgu Matematik. Walaupun mengajar lebih mencabar berbanding belajar, tapi Alhamdulillah ada rezeki kongsi ilmu dengan orang lain.

Kalau Sir Rai buat tusyen untuk cikgu-cikgu, kak Z lah orang pertama yang sign up 😁. Dah lama tak jumpa Sir Rai. Apa khabar lah beliau sekarang?

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Tuesday, August 15, 2017

KENAPA SHAKLEE LEBIH BAIK DARIPADA PRODUK JENAMA SENDIRI

Lalu satu iklan kat wall akak tadi. Iklan tu promote ajak orang ramai jadi pengasas kosmetik jenama sendiri. Nanti "pengasas produk" ni akan akan dapat produk mengikut pakej dipilih dan juallah dengan nama sendiri kononnya.

Huhuhuhu. Maksudnya kosmetik yang sama, jenamanya lain. Senangnya lahai nak jadi pengasas produk sekarang ni.

Ada landmark study tak? Kajian saintifik? Kelulusan KKM? Huhuhuhu. Banyak benda perlu dipertimbang bila nak buat satu-satu produk ni.

Selamat ke? Bagus ke? Kalau memudaratkan pelanggan macam mana? Tak kisah sebab tak ada nama kilang atau alamat syarikat?

Jangan nak pikir untung je. Senang-senang je nak kaya sedangkan orang lain menderita disebabkan 'produk sendiri' ni.

Bagi kak Z leceh lah. Banyak modal nak dikeluarkan bila nak buat produk sendiri yang betul-betul berkualiti dan terjamin berkesan dan selamat. Ada yang buat produk sendiri yang bagus. Jadi teruskan usaha murni anda.

Kak Z pilih untuk membangun bersama Shaklee. Takyah pening-pening kepala nak pikir. hihihi. Dah tentu proses pembuatan produk ini dijalankan dengan mengikut prosedur yang betul.

Produk dah lama bertapak secara kukuh, cukup berkualiti, sudah menjalani ujian klinikal dan dijamin mengandungi bahan yang selamat, halal dan berkesan.

So, why not? 😊

#gempakbintang
#fantastic4
#tsunamiturbo
Share:

CARA BUANG ANGIN DALAM BADAN

Masalah angin yang terlalu banyak dalam badan boleh menjejaskan kelancaran bekerja yang secara tidak langsung membuatkan seseorang itu tertekan.

Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari.

Masalah ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.

Cara untuk mengatasi masalah angin dalam badan? Antaranya;

Menukar jenis makanan

Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Ubata-ubatan

Ubat-ubatan seperti antasid, simethicone dan arang diaktifkan yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.

Kurangkan menelan udara

Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.

Hindara makanan punca angin

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Ubata-ubatan

Selain pengambilan ubat yang sesuai bagi mengurangkan masalah angin sama ada dengan bertemu doktor atau berkunjung ke farmasi terdekat, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu anda.

Berurut

Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.

Peppermint Ginger Plus

Dengan pengambilannya setiap hari,  membantu dengan cara memberikan keselesaan pada perut dan usus, menghilangkan rasa sebu dan kembung perut dan merangsang perembesan jus gastrik perut agar pencernaan makanan berlaku dengan lebih efisyen.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

PRODUK BUANG TOKSIN DALAM BADAN

Detoksifikasi adalah proses penyingkiran toksin yang terkumpul dalam tubuh badan kita terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.

Apabila mula mengambil sebarang suplimen, ada yang mengalami suatu jangkamasa penyesuaian. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit, tetapi sebenarnya bukan. Ianya adalah tindakbalas oleh tubuh kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplimen, badan megalami penyesuaian dimana proses detoksifikasi bermula.

Pada waktu detoksifikasi, ada kemungkinan kita mengalami pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung, lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain. Simptom ini berbeza antara individu dan akan berlalu selepas 1 -2 minggu.

Pada waktu penyesuaian badan, minumlah banyak air masak yang bersih, rehat secukupnya dan makan lebih sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.

Alfafa Complex dan Herb-lax adalah antara produk Shaklee yang berfungsi sebagai menyahkan toksin dalam badan kita. Jom buang toksin dalam badan kita sekarang. Jangan kumpul racun dalam badan sampai ke tua. Bertindak sekarang!!

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

CARA NAIKKAN HB RENDAH UNTUK IBU HAMIL

Tiga kali pregnant, tiga kali juga lah kak Z mengalami masalah HB rendah. Banyak kali juga lah berulang alik ke klinik bagi memastikan bacaan hemoglobin tu bertambah.

Hb rendah mungkin berpunca daripada

✔Kekurangan Iron – Berlaku bila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang mencukupi.  Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah. Ianya mengangkut oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh badan. Anemia jenis ini paling kerap dihadapi kebanyakan ibu hamil.

✔Kekurangan Asid Folik – Asid Folik adalah sejenis Vitamin B. Tubuh perlukan Asid Folik untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel-sel darah merah yang sihat. Masa hamil, wanita perlukan lebih Asid Folik. Kekurangannya menyebabkan badan tak dapat hasilkan sel darah merah yang mencukupi. Kekurangan Asid Folik juga boleh menyebabkan kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan kekurangan berat masa lahir.

Di awal kehamilan, Kak Z mengalami mabuk teruk sampai tak boleh makan apa pun. Asyik muntah je.

Bila dah melepasi fasa mabuk teruk tu, cubalah makan makanan yang membantu menaikkan Hb seperti kerang, sayur hijau dan lain-lain.

Di samping tu, doktor nasihatkan juga ambil suplimen zat besi dan asid folik  Baru lah kak Z start suplimen VITALEA (kaya dengan iron /zat besi) & B COMPLEX(juga mengandungi asid folik) secara konsisten.

Alhamdulillah, bacaan Hb meningkat dari 9 menjadi 11 ke atas. Okay lah tu kan?

Bahaya tau masalah Hb rendah ni. Banyak risiko dan boleh memudaratkan
 ibu dan anak dalam kandungan. Kalau ada masalah Hb rendah jangan ambik mudah. Cepat-cepat cari penyelesaian tau supaya tak menyesal kemudian hari.

Kak Z
0136014583

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Sunday, August 13, 2017

PRODUK ATASI MASALAH SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

Ketika pregnant, bayi dalam kandungan ibu memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan otot yang kuat. Kalsium penting untu menjaga denyutan jantung dan saraf supaya sentiasa stabil dan berfungsi dengan sempurna.

Ibu yang hamil seeloknya mendapatkan sumber kalsium yang cukup setiap hari kerana kalsium mempunyai banyak kebaikan dalam kesihatan sepanjang kehamilan.

Kepentingan kalsium untuk ibu hamil;
- Untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat.
- Melancarkan peredaran darah dan menjaga kestabilan degup jantung.
- Membentuk otot dan saraf agar berfungsi dengan sempurna.
- Mencegah risiko osteoporosis pada Ibu.
- Mengurangi risiko terjadinya komplikasi di masa kehamilan.

Sumber kalsium boleh didapati daripada susu, produk berasaskan susu dan lain-lain. sila dapatkan nasihat daripada doktor.

Untuk customer yang hamil, kak Z selalu cadangkan OSTEMATRIX sebagai salah satu suplimen wajib sepanjang kehamilan kerana ia juga membantu mengurangkan sakit-sakit pinggang, belakang dan kaki.

Disamping itu, OSTEMATRIX juga membantu mengurangkan masalah sembelit semasa berpantang tau. Sembelit memang biasa terjadi tapi mesti dirawat sebelum menjadi parah menjadi buasir. Lagi seram tau.

Kak Z sendiri juga mengambil Ostematrix ketika pregnant, berpantang sampai lah sepanjang menyusukan anak.

Alhamdulillah, banyak membantu pergerakan menjadi lebih mudah.

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

PETUA HILANGKAN KULIT TERBAKAR AKIBAT PANAS TERIK

Muka sunburn bila selalu sangat kena panas kan? Kadang-kadang sampai jauh sangat tona kulit dari warna sebenar.

Orang kata boleh guna TOMATO untuk kurangkan sunburn. Caranya belah dua tomato tu, lepas tu lumur je kat muka. Jadikan macam mask.

Bila dah kering, cuci la muka. Kalau amalkan dalam seminggu, insya Allah sunburn tu berkurangan.

Itu kalau guna bahan di dapur. Kak Z nak cadangkan juga Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser sebagai salah satu alternatif.

Pencuci muka ni berperanan sebagai mencerahkan kulit. Kalau pakai setiap hari, memang sunburn boleh kurang.

Di samping tu, jangan lupa juga makan Vitamin C dan Vitamin E untuk kesan yang lebih mabeles.

Sunburn pun cepat hilang, kulit pun lebih cantuj menarik tertarik gitu.

Kalau nak cuba, klik di bawah ;

http://kakzjualvitamin.wasap.my/

#gempakbintang
#fantastic4
Share:

Saturday, August 12, 2017

TIPS PEMAKANAN SIHAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Kak Z rasa dah tiba masanya kita amalkan pemakanan sihat. Dengan keadaan semasa yang sentiasa mendedahkan diri kita dengan penyakit. Jadi penting tau pemakanan sihat ni.

Kak Z nak kongsikan beberapa tips pemakanan sihat. Mungkin dapat memberi panduan kepada pembaca semua.

 Amalkan pinggan sihat - suku suku separuh
Suku : Nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin atau ubi
Suku ke II: Ikan, Ayam, Daging dan kekacang
Separuh : Buah-buahan dan sayur-sayuran

Boleh google pelbagai menu pinggan sihat ni. Sekurang-kurangnya ada juga idea nak masak dan nak makan apa yang meningkatkan kualiti tahap kesihatan kita kan?

Kurangkan gula dan garam
Memang susah juga bagi yang dah biasa dengan gula dan garam. Tapi kena ingat juga, yang sedap tak semestinya bagus. hihihi. Kurangkan sedikit gula dan garam dalam masakan, lebihkan senyuman gitu. lakukan secara berperingkat.

Elakkan makanan berminyak
Minyak sinonim dengan kolesterol. Kurang lebih baik. Kalau boleh, masak makanan guna air fryer, bagus juga. Memang boleh kurangkan banyak minyak. Jimat pun jimat.

Elakkan makanan berproses
Sosej, makanan dalam tin, makanan sejuk beku dan lain-lain lagi antara contoh makanan berproses. Dah tentu proses pembuatannya melibatkan kandungan bahan kimia yang tinggi bagi menjadikannya tahan lebih lama kan? Wallahualam.

Elakkan makanan segera
Kalau sekali sekala boleh lah. Tapi janganlah jadikannya tabiat sampai tak boleh hidup tanpa makanan segera. Makanan segera anta penyumbang masalah kesihatan rakyat Malaysia. Homemade lebih baik.

Banyakkan minum air kosong & kurangkan air manis
Bila sebut yang manis, mesti kita teringatkan penyakit diabetes. Jadi, sentiasa juga beringat apa kesannya nanti. 

Makanan rebus atau panggang tanpa minyak lebih baik.
Ini cuma cadangan sahaja. Tapi memang betul lebih baik daripada masakan yang berminyak dan banyak perasa ni.

Menukar cara pemakanan yang lebih baik bukan sahaja membantu kita lebih sihat, malah dapat juga menurunkan berat badan. Biar turun berat badan secara sihat dan seimbang gitu. Badan lebih sihat, kehidupan lebih bermakna.

Jom kita ubah! Selamat mencuba tips ni ye!
Share:

CARA MENGATASI MASALAH SEMBELIT

Ada yang ada masalah sembelit? Dah cuba macam-macam tapi tetap tak okay jugak?

Kak Z nak cadangkan beberapa produk untuk membantu mengatasi masalah sembelit ni iaitu Herblax, Ostematrix, Lecithin dan Alfafa Complex.

Macam mana ia berfungsi? Meh kak Z nak cerita sikit.

 HERBLAX 
  • membersihkan najis yang tersekat
  • mempercepatkan proses pembuangan 
  • mengembalikan proses natural bowel movement
  • mengempiskan perut.


OSTEMATRIX 
  • membantu sel menyerap nutrien
  • merangsang detoksifikasi
  • melembutkan najis.

LECITHIN 
  • pelembut najis
  • memecahkan molekul lemak dan minyak yang tersumbat dalam salur usus.

ALFALFA COMPLEX 
  • melegakan sembelit 
  • meningkatkan kesihatan sistem penghadaman. 
  • menyokong kesihatan usus
  • menyahtoksinkan badan 
  • membantu mengurangkan berat badan.


Kalau kawan-kawan ada masalah sembelit yang kronik, boleh cuba produk-produk yang kak Z sebutkan tadi. Nak order dari kak Z pun boleh.

Jangan biarkan masalah sembelit menjadi semakin parah.  Cepat-cepat cari penyelesaian sebelum terlambat.

Klik je link ni http://PuanSeriAzura.wasap.my untuk info lanjut ye.

ATAU;
Whatsapp 0136014583
Whatsapp 0136014583

Share:

Wednesday, August 9, 2017

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 4 ANGKA! JOM SERTAI KAMI!

Pejam celik pejam celik, dah sebulan tak update blog.  Haduiiii maafkan kak Z ye. Ada beberapa masalah teknikal yang dihadapi menyebabkan blog ni terperap sebentar.

Now I am back for more. Dengan wajah baru lagi blog kak Z ni. Diharapkan wajah baru ni lebuh memudahkan pembaca untuk membaca blog kak Z dengan relaks.

Sebelum tu, kak Z nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kedai vitamin kak Z ni sentiasa je buka tau. Takde cuti-cuti. Best kan buat bisnes online ni?

Kak Z selesa buat bisnes Shaklee ni tapi bukanlah bermakna buat santai-santai dan ambil mudah sahaja tau. 

Hari ni kak Z nak ajak kawan-kawan yaang sedang mencari pendapatan sampingan atau tetap, untuk menyertai team kak Z dalam bisnes Shaklee.
Perkara pertama dalam memilih bisnes ialah PEMILIHAN MENTOR. Mentor yang baik akan membawa awak semua menuju kejayaan dunia dan akhirat. Mentor yang sebaliknya? Ishh mohon dijauhkan.

Kak Z nak terangkan kelebihan berbisnes Shaklee dengan group kak Z;

  • COACHING ONE TO ONE
Sekiranya awak serius membina empayar bisnes, kak Z akan bimbing secara personal, one to one.

  • SISTEM DAN SILIBUS TERSUSUN
Kak Z akan bimbing awak melangkah satu persatu, apa yang perlu awak buat untuk bisnes Shaklee.


  • MENTOR YANG BERPENGALAMAN
Kak Z sudah 4 tahun mengamalkan suplimen Shaklee dan berbisnes Shaklee. Kak Z pasti dapat menjawab segala persoalan awak dan sama-sama berlari ke puncak jaya bersama anda.
  • SENTIASA AVAILABLE 24 JAM
Kak Z sentiasa sedia membantu awak di setiap masa yang diperlukan. ONLINE saja-lah. Apa ada hal?
  • MENTOR POSITIF DAN PROAKTIF
Kak Z akan pastikan ahli - ahli group kak Z mendapat info dan tips yang terbaik. Oleh itu, kak Z akan sentiasa gigih berkongsi ilum - ilmu yang kak Z pelajari dengan awak.

  • TUKAR GAYA HIDUP KE ARAH LEBIH POSITIF
Tidak! Tak perlu sewa kereta mewah, tak perlu ambil gambar dengan duit banyak-banyak dan tak perlu buat loan bank. hehehehe, Kak Z nak bantu awak ke arah hidup lebih bermotivasi dan memberikan makna.

Hubungi kak Z dengan kadar segera kerana kak Z sedaang membuka peluang seluas-luasnya kepada semua untuk kak Z bimbing hingga berjaya menjana 4 angka dalam masa 6 bulan! 

Hubungi 013-6014583 sekarang!
Hubungi 013-6014583 sekarang!
Hubungi 013-6014583 sekarang!

Share:

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati