Saturday, November 23, 2013

Kecantikan : Antara Mitos dan Logik


Mitos : Hanya menggunakan losen pelindung ultra ungu ketika panas terik
Logik : Walaupun cuaca kelihatan mendung, sinaran ultra ungu tetap terpancar menembusi awan yang membahayakan kulit. Oleh itu, gunalah pelindung ultra ungu walaupun cuaca kelihatan redup

Mitos : Jarang cuci muka menyebabkan jerawat timbul
Logik : Cuci muka dengan kerap akan membuatkan kulit wajah menjadi lebih kering, malah menggalakkan lebih banyak minyak dihasilkan secara semulajadi. Jadi, cukuplah dengan mencuci wajah dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan kulit

Mitos : Mencukur bulu kakimembuatkan bulu roma tersebut tumbuh lebih lebat
Logik : Teknik bercukur yang salah membuatkan bulu roma baru kelihatan lebih banyak kerana potongan tidak sampai ke hujung akar. Umumnya, bilangan bulu roma tidak akan bertambah atau berkurang tanpa menggunakan ubat-ubatan khas atau berlakunya perubahan hormon

Mitos : Potong rambut pendek akan membuatkan rambut lebih cepat panjang
Logik : Tentu sekali tidak benar kerana pusat pertumbuhan rambut berada pada akar. Apabila rambut dipotong sama panjang, kadar pertumbuhan menjadi serata yang mana kelihatan seperti lebih cepat panjang

Mitos : Semakin banyak buih, tanda syampu berkualiti
Logik : Penghasilan buih yang banyak sama sekali tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menentukan kualiti sesuatu syampu tersebut. Sebaliknya, penggunaan syampu yang kurang menghasilkan buih mempunyai kesan lebih lembut untuk kulit kepala


Superummi Zura,
SID 930120
FB : MY Super Health
0196241209
Share:

0 comments:

Post a Comment

Saya Azura

Bonjour & Welcome

Saya ibu kepada 3 orang putera dan seorang puteri. Menyertai Shaklee sejak tahun 2013 dan berada dalam rank Supervisor. Saya bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda..

Follow Azura

Paling diminati